Sekitar kunjungan hormat daripada Pusat Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Kampus Samarahan 2 bagi perbincangan bersama TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) di TEGAS Digital Village, Kuching pada 23hb Ogos 2023.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan program kerjasama antara pihak UiTM Kampus Samarahan 2 bersama pihak TCIL dalam melaksanakan program berkaitan matematik bersama komuniti di Sarawak. Selain itu, perbincangan ini juga bertujuan untuk melibatkan pihak TCIL dalam Program Hero Matematik Piala UiTM 2023 yang bakal diadakan pada 17hb Oktober 2023.

Terima kasih kepada delegasi Pusat Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik UiTM Kampus Samarahan 2 yang diketuai oleh Encik Kelvin Goh Tee Hiong selaku Ketua Projek Program Hero Matematik Piala UiTM 2023 atas kunjungan hormat ini.

#CommunityUpdates

#DigitalInnovation4All