Sekitar Program Project of Dream Realized (Pro-DR) 2023 di Dewan Masyarakat Batu 10, Padawan pada 26 Julai 2023. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pameran pendidikan, pameran kerjaya serta pameran teknologi digital. Turut hadir bersama penceramah jemputan untuk bengkel khas menjawab soalan peperiksaan untuk murid-murid yang hadir pada program ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan Timbalan Menteri Pengangkutan (Penerbangan dan Jalan Raya) YB Datuk Dr. Jerip Anak Susil ADUN N.19 Mambong merangkap Naib Pengerusi TEGAS.
Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat, rakan strategik TEGAS serta semua warga Padawan!
Lokasi seterusnya adalah di Serian Conforence Centre, Serian.