Sekitar kemeriahan Hari Karnival STEM SK Encik Buyong 2023 di Kuching yang telah berlangsung pada 27hb September 2023.

Pihak TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah dijemput untuk mengadakan pameran STEM bersempena Hari Karnival Stem SK Encik Buyong. Dalam program ini, pihak TCIL telah membawakan pameran serta aktiviti yang berkaitan dengan STEM dan teknologi digital bersama pelajar dan guru di SK Encik Buyong. Antara aktiviti yang telah dilakukan adalah seperti pameran dan demonstrasi robot, Dron Simulator, pengalaman Virtual Reality (VR), Mathematics mind games, 3D Doodle Pen dan banyak lagi.

Sambutan sangat menggalakkan daripada para pelajar dan guru SK Encik Buyong. Terima kasih kepada pihak SK Encik Buyong kerana telah menjemput pihak TCIL dalam program ini!

#TEGASCommunityOutreach