Kementerian Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) melalui Sarawak Skills Miri dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Long Bedian telah mengadakan Community Outreach Programme yang bertempat di Dewan Masyarakat Long Bedian, Baram pada Sabtu, 17hb Jun 2023 yang lalu.
TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah dijemput untuk mengadakan pameran serta aktiviti yang berkaitan dengan STEM dan teknologi digital bersama komuniti di Long Bedian. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah seperti pameran dan demonstrasi robot, pengalaman Virtual Reality (VR), mind games dan juga 3D Doodle Pen.
Sambutan sangat menggalakkan daripada para pelajar, guru, ibu bapa dan penduduk kampung di sekitar kawasan Long Bedian. Terima kasih kepada Sarawak Skills Miri kerana telah menjemput kami!