Sekitar Bengkel Pengenalan Asas Pengaturcaraan micro:bit, Arduino, mbot and 3D Printing yang bertempat di Think & Tinker (T&T) Mini Lab SMK Long Bedian, Baram pada 15hb – 16hb Jun 2023 yang lalu.

SMK Long Bedian yang terletak 5 jam perjalanan off road dari daerah Miri ini merupakan salah satu sekolah perintis bagi program T&T Mini Lab anjuran TEGAS Community Innovative Learning (TCIL). Bengkel yang dibawakan selama 2 hari ini merupakan antara modul-modul yang turut dibekalkan ke setiap T&T Mini Lab di seluruh Sarawak.

Melalui T&T Mini Lab ini, kami berharap akan dapat memudahkan para pelajar untuk menghasilkan projek inovasi dengan teknologi digital terkini.

#ThinkNTinkerMiniLab

#TEGASCommunityInnovativeLearning

#DigitalInnovation4All