Sekitar Bengkel Modul Pengaturcaraan Scratch & Pengendalian Dron Tello yang diadakan di Think & Tinker (T&T) Mini Lab SMK Balai Ringin oleh pihak TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) pada 4hb September 2023.
TEGAS Think & Tinker Mini Lab atau T&T Mini Lab merupakan satu ruangan inovasi serbaguna yang ditempatkan di sekolah-sekolah di seluruh Sarawak. Ruang serbaguna yang disediakan oleh TEGAS ini membolehkan pelajar mengasah bakat dan kebolehan mereka dalam menerajui dunia teknologi digital yang semakin mencabar.