Sekitar Bengkel Asas Pengaturcaraan Scratch & Pengendalian Dron Tello bersama para pelajar di SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah, Daro di Think & Tinker (T&T) Mini Lab sekolah tersebut pada 13hb September 2023.

Para pelajar telah didedahkan dengan Pengaturcaraan Scratch, iaitu sebuah alat pengaturcaraan yang membolehkan para pelajar membina media interaktif seperti animasi dan juga permainan video.

Selain itu, pelajar juga didedahkan asas pengendalian dron tello, iaitu sebuah dron yang digunakan bagi tujuan pendidikan yang membolehkan pelajar menerbangkan dron tersebut secara manual atau melalui pengaturcaraan.

#ThinkNTinkerMiniLab

#DigitalInnovation4All