Sekitar Bengkel Asas Pengaturcaraan Scratch & Pengendalian Dron Tello yang diadakan pada 14hb September 2023 bertempat di SK Agama (MIS) Sarikei bagi program TEGAS Think & Tinker (T&T) Mini Lab.

Bengkel ini memberi pendedahan kepada lebih 20 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar dan guru di sekolah tersebut mengenai asas pengaturcaraan menggunakan Scratch Programming dan juga cara untuk mengendalikan dron Tello secara manual dan juga automasi.

Melalui T&T Mini Lab, sekolah akan disediakan dengan peralatan berkaitan teknologi digital. Antara peralatan yang disediakan adalah seperti 3D Printer, Komputer, Education Drone, Kit Robotik, Arduino, Micro:bit serta Ruang Bacaan STEM. Selain itu, sekolah juga akan diberikan modul pembelajaran berkenaan penggunaan peralatan teknologi ini dari semasa ke semasa.

#ThinkNTinkerMiniLab

#DigitalInnovation4All